Wednesday, April 04, 2018

Bajet Backpack (Overland) : Sungai Kolok ke Hatyai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera.

اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur lisa dah selamat sampai di Kelantan dari Hatyai semalam. Cuti-cuti chenta selalu dengan En Suami berdua sahaja. 😊 kami pergi waktu cuti hujung minggu...  cuma 2D1N, Jumaat dan Sabtu. So, lisa kongsikan perjalanan kami untuk rujukan anda yang mahu ke Hatyai melalui laluan Sungai Kolok juga.

30 Mac 2018

Pukul 5.50 pagi kami bertolak dari rumah kami di daerah Tumpat, Kelantan memandu kereta ke tempat Parking sebelum imigresen Rantau Panjang. Dah masuk waktu subuh, kami berhenti solat di surau stesen minyak berdekatan untuk solat since dah terlepas beberapa surau dan masjid di belakang. Huhu. Dah selesai semua kami teruskan perjalanan. Kami parking kereta untuk satu hari semalaman dengan hanya bayaran RM 5. Bayar bila nak balik nanti ya 😉 pekerja parking tu bagi resit. Prosedur macam biasa kita parking kereta >̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡kay ...

Lepas tu, kami berjalan ke dalam imigresen Rantau Panjang. Jangan lupa Passport atau border pass. Kat kaunter imigresen Rantau Panjang tak ada isi apa-apa borang cuma beri pada petugas imigresen tu passport atau border pass kita sahaja.  Dah siap urusan, kami cuma jalan kaki sahaja ke imigresen Sungai Kolok. Tak jauh pun sebenarnya... Dalam 5-10 minit kot jalan kaki. Kalau tak larat atau malas nak jalan, motor taxi banyak je sekitar sebelum imigresen rantau panjang tu. cuma lisa tak pasti berapa tambangnya.

Pintu masuk Imigresen Rantau Panjang


depan Imigresen Sungai Kolok

Dah masuk dalam imigresen Sungai Kolok, kami blur-blur tak tau nak ambil borong dan isi kat mana. Petugas imigresen Thailand minta kami masuk ke bilik sebelah kaunter dan ada seorang petugas kot yang tolong isikan borang atau white card untuk kita. Cuma kena bayar RM 2 seorang. Kami bayar sahaja. Nak cepat . Hehe. Rasanya isi sendiri pun boleh kot. Cuma lisa pun tak pasti. Tapi bagi kami yang baru first time dan tak biasa ni, dia isikan lagi cepat rasanya. Haha. Kami bawa white card yang siap disi dan passport ke kaunter untuk dicop. Selesai saja, kami ambil motor taxi kat luar untuk ke terminal bas Sungai Kolok. Disebabkan semua pemandu motor taxi tu lelaki. Lisa seganlah... En suami minta abang motor tu bagi kami bawa sendiri dan nanti kiranya kami ikut mereka dari belakang ke terminal bas. اَلْحَمْدُ ِللهِ diorang setuju. Jadi lisa boleh membonceng dengan suami. Bayaran hanya RM 20 untuk dua orang.

Tiket Van ke Hatyai untuk 2 orang = 400 baht

Terminal Bas Sungai Kolok

inilah van kami ke Hatyai

Waktu di Thailand awal sejam dari Malaysia. Jadi, dalam pukul 6 lebih waktu Thailand kami sampai kat terminal bas. Terus masuk dalam pergi kaunter tiket bas Hatyai. Nama sahaja bas, sebenarnya Van. Ada yang panggil 'roadTo'.  Tapi kalau nak ke daerah lebih atas dari Hatyai macam koh Samui dan lain-lain tempat yang lisa sendiri pun tak pasti, memang menggunakan perkhidmtan betul-betul bas. Agaknyalah. sebab lisa ada ternampak sebuah bas yang nak ke Koh Samui. Hehe. 

Van warna putih ni  boleh muat mungkin 12-14 orang kot. Waktu kami pergi tu cuma 11 orang yang nak ke Hatyai.   Setelah hampir 45 minit menunggu, van bertolak ke Hatyai. Ambil masa 4 jam perjalanan. Selepas lebih 2 jam perjalanan, van akan berhenti kat RnR rasanya area Patani kalau tak silap lisa. Driver bagitau berhenti 15 minit. So, kalau nak pergi tandas atau beli makanan ringan masih sempat, nanti sebelum bertolak driver akan kira penumpang dia dah cukup atau belum. Hehe. So, jangan risau takut tertinggal. 

Sepanjang perjalanan memang banyak jumpa pos-pos tentera di tengah jalan. Jalanraya yang kami lalu tu rupanya highway baru nak ke Hatyai. Jalan memang selesa. Melalui kampung-kampung, dan juga tepi pantai. lisa tak dapat nak layan sangat pemandangan since seat lisa 2 dari belakang. Pening-pening sikit. Pukul 11.40 pagi camtu kami selamat sampai di Hatyai Terminal Bus. Alhamdulillah.

terminal bas Hatyai


Bersambung...

No comments: